Berjuang Demi Keluarga Walau Di Ujung Usia

  • Home
  • Berjuang Demi Keluarga Walau Di Ujung Usia

Berjuang Demi Keluarga Walau Di Ujung Usia

remaining: 719 days

5 Donations
39.44 USD
2 %
Collected : 39.44 USD
Campaign Objective : 1750 USD

Dugaan Seorang Datuk: Tetap Berjuang Demi Keluarga Walau Di Ujung Usia

 

***Please Scroll Down for English Version***

Umumnya, apabila seseorang menjejaki usia lebih 70 tahun, tumpuan hidup akan lebih kepada ibadah ke masjid, ke surau, menghabiskan masa berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun, berbeza halnya dengan saudara kita Ahmad Sofwan bin Ahmad, warga Malaysia yang kini berumur 84 tahun.

Disebabkan desakan hidup, walaupun dalam keadaan sakit-sakit, beliau masih terpaksa keluar menjual pen dan tisu di hadapan bank dan kedai demi menyara isteri yang tidak bekerja dan seorang anak istimewa (OKU).

Keluarga ini menyewa rumah di Kampung Puah, Kuala Lumpur, dan bergantung sepenuhnya pada hasil usaha datuk ini untuk menampung sewa rumah bil air dan elektrik serta perbelanjaan dapur harian.

 

Pihak Ensany telah menziarahi keluarga ini dan melihat sendiri keadaan mereka. Mereka terdiri daripada suami isteri dan tiga orang anak (anak sulung sudah berkahwin dan hanya mampu sara diri sendiri, anak kedua baru tamat SPM, dan anak ketiga merupakan remaja perempuan OKU yang memerlukan pemantauan serta memakai lampin pakai buang)

Datuk ini dahulunya bekerja sebagai pemandu teksi, namun sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini beliau tidak lagi mampu memandu disebabkan faktor usia dan kesihatan yang semakin merosot. Beliau menghidap darah tinggi, kencing manis, dan asma, dan baru-baru ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga bulan.

Walaupun mereka pernah memohon bantuan daripada Pusat Zakat dan JKM, sehingga kini belum menerima sebarang bantuan.

Kami di Ensany amat berharap agar pihak berkenaan dapat mempermudahkan urusan keluarga ini yang jelas dalam kesusahan.

Kempen Bantuan: RM6,750 untuk 3 Bulan

Setelah berbincang dan mendapat persetujuan bertulis daripada pihak keluarga, Ensany membuka kempen ini bagi membantu mereka menampung perbelanjaan selama 3 bulan, iaitu:

Jenis KeperluanJumlah (Sebulan)
Keperluan dapurRM600
Beli ubat & tambang teksiRM400
Sewa rumahRM500
Bil elektrik & airRM200
Lampin pakai buang (anak OKU)RM200
Perbelanjaan lain-lainRM300
Jumlah sebulanRM2,200
Jumlah 3 bulan (termasuk pengurusan)RM7,425

 

Kami merayu kepada semua pembaca untuk menghulurkan bantuan semampunya, sama ada secara bulanan atau sekali sahaja.

Firman Allah:

"Berilah mereka dari harta Allah yang telah diamanahkan kepadamu."
(Surah An-Nur: 33)

  • Sedekahlah atas pelbagai niat:
  • Sedekah Subuh
  • Sedekah Hari Jumaat
  • Sedekah mohon kesembuhan
  • Sedekah mohon kejayaan anak dalam peperiksaan
  • Sedekah mohon jodoh
  • Sedekah mohon pekerjaan
  • Sedekah mohon terhindar bala
  • Dan jika ada harta yang syubhah, serahkanlah ia kepada kempen kebajikan seperti ini

Jika anda tidak mampu menyumbang, bantulah dengan menyebarkan kempen ini kepada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(Riwayat Muslim, 1893)

Firman Allah:

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit..."
(Surah Ali Imran: 133-134)

 

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Link kempen : 
Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627

Atas perhatian, doa, dan sumbangan anda, kami ucapkan ribuan terima kasih.
Jazakumullahu khairan.

***English***

 

An 84-Year-Old Man Still Struggling to Provide for His Family

Generally, by the age of 70 and beyond, most people look forward to spending their days in devotion frequenting the mosque, remembering Allah, and preparing for the hereafter. But for Ahmad Sofwan bin Ahmad, an 84-year-old Malaysian, that peaceful life remains out of reach.

 

Despite his age and declining health, he is forced to continue working—selling pens and tissue packs outside banks and shops in Kuala Lumpur—just to feed his family. His wife is unemployed, and one of his three children is a special needs (OKU) teen who requires constant care and disposable diapers. They currently rent a small house in Kampung Puah, Kuala Lumpur, and rely solely on this elderly man’s meagre earnings to cover rent, utilities, food, transportation, and medical needs.

 

Previously a taxi driver, Ahmad Sofwan had to stop working a few years ago due to poor health and old age. He now suffers from high blood pressure, diabetes, and asthma, and was recently hospitalized at Kuala Lumpur General Hospital (HKL) for three months. Although the family has applied for aid from local authorities such as Zakat and JKM (Social Welfare Department), they have yet to receive any form of assistance.

 

The Ensany team personally visited the family to assess their situation. The household consists of Mr. Ahmad and his wife with 3 children Eldest is married and self-supporting, second child just completed high school (SPM) and youngest is a teenage girl with a disability (OKU)

 

Campaign Goal: RM7,425 (3 Months Relief Aid)

With the family’s written consent, Ensany is launching this campaign to support their essential expenses for the next 3 months:

         

Basic NeedsMonthly Amount (RM)
Groceries & daily foodRM600
Medications & transport to hospitalRM400
House rentRM500
Electricity & water billsRM200
Diapers for OKU childRM200
MiscellaneousRM300
Total per monthRM2,200
Total (3 months + admin cost)RM7,425

 

We humbly appeal for your support whether it’s a one-time donation or a recurring monthly contribution.

“Give them from the wealth of Allah which He has entrusted to you.”

(Surah An-Nur: 33)

 

You may also donate with various intentions:

Sadaqah Subuh (morning charity), Friday charity, in hope of healing, for success in exams, seeking marriage, searching for employment, as a means of protection from calamities and to purify wealth from doubtful (syubhah) sources

 

Even if you’re unable to give, you can still earn reward by sharing this campaign with others.

The Prophet ﷺ said:

“Whoever guides someone to goodness will have a reward like the one who does it.”

(Sahih Muslim, 1893)

 

“Race towards forgiveness from your Lord and a Paradise as vast as the heavens and the earth, prepared for the righteous—those who spend (in charity) during ease and hardship...”

(Surah Ali Imran: 133–134)

Donation Details

Account Name: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia

Bank: CIMB Bank

Account No.: 8010426627

 

On behalf of the family, we sincerely thank you for your support, prayers, and generosity.

 

Jazakumullahu khairan. May Allah reward you abundantly.

Register as a volunteer
Register by contacting us 123456