Help This Woman Fight a Rare Disease

  • Home
  • Help This Woman Fight a Rare Disease

Help This Woman Fight a Rare Disease

remaining: 39 days

4 Donations
79.44 USD
2 %
Collected : 79.44 USD
Campaign Objective : 3500 USD

***PLEASE SCROLL DOWN FOR ENGLISH VERSION***

“Kita semua datang ke dunia ini untuk diuji. Ada yang diuji dengan kekayaan  apakah mereka bersyukur dan berinfaq di jalan Allah? Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada pula yang diuji dengan penyakit. Dan ada juga yang diuji dengan kedua-duanya sekali kemiskinan dan kesakitan. Inilah antara ujian paling berat.”

Seorang wanita bernama Rasha Ahmed Omar Ali Haidan, berusia 35 tahun, merupakan pemegang kad pelarian UNHCR. Beliau datang ke Malaysia dengan impian menyambung pelajaran dalam bidang Bahasa di universiti. Namun takdir berkata lain  tiba-tiba beliau jatuh sakit dengan penyakit yang jarang ditemui.

Rasha disahkan menghidap Idiopathic Multicentric Castleman Disease (IMCD)  sejenis kanser yang jarang berlaku dan telah menyerang bawah lengan kirinya sejak tahun 2022. Penyakit ini juga berkait rapat dengan radang paru-paru kronik, dan kedua-duanya memerlukan rawatan khas serta kos yang tinggi.

Latar Belakang Keluarga

Rasha datang dari keluarga miskin. Ayahnya tiada pekerjaan tetap, manakala ibunya hanyalah seorang suri rumah. Mereka empat beradik, dan keadaan kewangan keluarga sangat daif. Balik ke negara asal bukanlah pilihan kerana negeri asalnya sedang bergolak dan tidak aman.

Pihak Pertubuhan Kemanusiaan Ensany telah melakukan ziarah ke rumah Rasha dan menyaksikan sendiri keadaannya. Badannya kurus, selera makan tiada. Sebagai seorang gadis muda yang pernah menyimpan cita-cita besar, kini beliau hanya mampu bertawakal kepada Allah. Pihak keluarga dan Ensany bersetuju untuk membuka Kempen Bantuan Pesakit & Miskin serta membuat surat perjanjian rasmi.

 

Jumlah Dana Yang Diperlukan

Berdasarkan surat dari Hospital UKM, kos rawatan Rasha termasuk:

PerkaraKos (RM)
Rawatan khas untuk IMCD (2 kali)10,600
PET Scan2,500
Kos pengurusan & sokongan tambahan1,547.50
Jumlah keseluruhan14,647.50

Ayuh Bantu Rasha – Kerana Pahala Sedekah Tidak Pernah Sia-sia

Sabda Rasulullah ﷺ dan hadis-hadis sahih menyebut bahawa sedekah itu membawa 17 ganjaran luar biasa, sama ada kecil atau besar:

  1. Mendapat naungan Allah di akhirat
  2. Memadamkan kemurkaan Allah
  3. Malaikat berdoa agar rezekinya dilipatgandakan
  4. Menolak bala dan musibah
  5. Membuka pintu rezeki
  6. Mendatangkan keberkatan dan pertambahan harta
  7. Melapangkan hati dan memberi ketenangan
  8. Jadi penawar kepada penyakit
  9. Pahala berganda mengikut kehendak Allah
  10. Menghapuskan dosa
  11. Mengawal nafsu
  12. Masuk syurga melalui pintu sedekah
  13. Mendapat darjat tinggi di syurga
  14. Terselamat dari neraka
  15. Aman daripada ketakutan
  16. Tanda keimanan yang benar
  17. Sebab doa dikabulkan

Mari Jadi Perantara Harapan

Allah memilih siapa yang Dia kehendaki untuk menjadi perantara kebaikan dan rahmat-Nya. Mungkin hari ini giliran kita membantu, dan esok hari giliran Allah bantu kita pula dalam bentuk yang tidak disangka.

Salurkan bantuan anda seikhlas hati melalui kempen ini di Ensany. Setiap sen yang anda hulurkan, semoga menjadi syafaat dan sebab turunnya rahmat di dunia dan akhirat.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.”

Semoga Allah kuatkan hati Rasha, dan lembutkan hati kita untuk membantunya.

Bagi anda yang ingin menyumbang dengan pantas, sumbangan boleh dilakukan melalui pemindahan segera (instant transfer) ke akaun rasmi kami.

Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627

Kelebihan utama NGO kami ialah ketelusan.
Setiap kempen yang dijalankan membolehkan penderma melihat jumlah sumbangan yang diterima secara langsung. Pada masa yang sama, penerima bantuan juga akan mengetahui perkembangan kutipan dana bagi kempen mereka.

Setiap kempen akan ditutup secara automatik apabila jumlah sasaran berjaya dicapai atau apabila tempoh kempen tamat  memastikan semua pihak mendapat maklumat yang jelas dan terkini.

***ENGLISH***

HELP THIS  WOMAN FIGHT A RARE DISEASE

“We are all sent to this world to be tested. Some are tested with wealth will they be grateful and give in the way of Allah? Others are tested with poverty. And some are tested with illness. But the heaviest of trials is when one is burdened with both  poverty and disease.”

This is the test faced by a young woman named Rasha Ahmed Omar Ali Haidan, a 35-year-old UNHCR cardholder. She came to Malaysia with dreams of studying languages at university. But fate had other plans  she suddenly fell ill with a rare and serious disease.

Rasha has been diagnosed with Idiopathic Multicentric Castleman Disease (IMCD)  a rare form of cancer that developed under her left arm in 2022. This disease is closely associated with chronic pneumonia, both requiring specialized and costly treatment.

Family Background

Rasha comes from an impoverished family. Her father has no stable job, and her mother is a full-time homemaker. She has three siblings, and their living conditions are extremely difficult. Returning to their home country is not an option due to the conflict and instability there.

The Ensany Humanitarian Organization visited Rasha’s home and witnessed her condition firsthand. Thin and frail, she has little appetite. Once a young woman with big dreams, she now relies solely on the will of Allah. With her family’s agreement, Ensany has launched a Medical and Poverty Relief Campaign and formalized it with an official agreement.

 

Total Funds Needed

According to a letter from Hospital UKM, Rasha’s treatment costs include the following:

ItemCost (RM)
Specialized treatment for IMCD (2 rounds)10,600.00
PET Scan2,500.00
Additional support & management costs1,547.50
Total14,647.50

 

Let’s Help Rasha – Because Charity is Never in Vain

The Prophet Muhammad ﷺ and many authentic hadiths remind us that charity brings 17 incredible rewards, whether the amount is big or small:

  1. Shade from Allah on the Day of Judgment
  2. Extinguishes the wrath of Allah
  3. Angels pray for your wealth to multiply
  4. Protects from calamities and misfortune
  5. Opens doors of sustenance
  6. Increases blessings and wealth
  7. Brings peace and tranquillity to the heart
  8. Acts as a cure for illnesses
  9. Multiplied rewards as Allah wills
  10. Wipes away sins
  11. Helps control desires
  12. Grants entry through the Gate of Charity in Paradise
  13. Elevates one’s rank in Jannah
  14. Shields from Hellfire
  15. Brings security from fear
  16. A sign of true faith
  17. A means for prayers to be accepted

Be the Bridge of Hope

Allah chooses whom He wills to be the vessels of His mercy. Today, you may be in a position to help and tomorrow, Allah may send help your way in the most unexpected form.

Give what you can with sincerity through this Ensany campaign. Every cent you donate could become a means of mercy for you and Rasha, in this world and the next.

“The eyes may feel heavy seeing her pain, but her shoulders carry a far heavier burden.”

May Allah grant Rasha strength and patience and soften our hearts to stand with her in this difficult time.

Register as a volunteer
Register by contacting us 123456