Bantuan Banjir Aceh Masih Diperlukan

  • Home
  • Bantuan Banjir Aceh Masih Diperlukan

Bantuan Banjir Aceh Masih Diperlukan

remaining: 911 days

8 Donations
846.64 USD
6 %
Collected : 846.64 USD
Campaign Objective : 14900 USD

Bismillahirrahmanirrahim

Marilah kita bersama-sama meringankan beban mangsa banjir di Aceh dan Sumatera Utara.

Banjir besar yang melanda wilayah ini telah meragut ribuan nyawa, memusnahkan ratusan rumah, dan menyebabkan lebih sejuta penduduk terpaksa mengungsi. Banyak kediaman dihanyutkan arus deras, manakala sebahagiannya rosak teruk sehingga tidak lagi selamat untuk didiami.

Sehingga 18 Disember, khususnya di Kabupaten Aceh Tamiang, masih ramai mangsa yang sangat memerlukan bantuan segera — termasuk beras, makanan asas, dan keperluan dapur harian. Ketika ini, kehidupan mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan dan NGO.

Allah ﷻ berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan.”
(Surah Al-Ma’idah: 2)

Rasulullah ﷺ juga bersabda:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.”
(Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia membuka Kempen Bantuan Banjir Aceh, khusus bagi membantu mangsa di Kabupaten Aceh Tamiang.

🎯 Sasaran kempen: RM60,000
📦 Dana yang dikumpulkan akan disalurkan secara langsung kepada mangsa banjir dalam bentuk bantuan keperluan asas.

🤲 Ayuh hulurkan sumbangan anda hari ini.
Sedikit daripada kita, besar ertinya bagi mereka.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah dan pemberat timbangan kebaikan di akhirat kelak.

Anda boleh menyumbang secara terus melalui  akaun rasmi Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia (PKEM).

Nama Akaun: Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank: CIMB Bank
No Akaun: 8010426627
Rujukan : Aceh

 

 

Register as a volunteer
Register by contacting us 123456