Seorang saudari kita, seorang ibu tunggal mualaf, dahulunya beragama Buddha sebelum menerima hidayah dan memeluk Islam. Beliau kini menetap di PPR Pantai Ria, Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Selepas memeluk Islam, beliau terputus hubungan dengan keluarga asal. Ujian tidak terhenti di situ apabila perkahwinannya juga berakhir dengan perceraian dan kini telah meninggal. Kini beliau menggalas tanggungjawab seorang diri membesarkan seorang anak OKU yang menghidap asma, tanpa sokongan keluarga.
Di kota besar seperti Kuala Lumpur, kehidupan beliau amat mencabar. Pekerjaan yang ada hanyalah sebagai pembantu kedai secara tidak tetap, dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan dan itu pun tidak menentu. Beliau juga mempunyai kemahiran membuat kuih-muih, namun jualan pada masa ini sangat perlahan dan tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup.
Keadaan kewangan beliau amat terdesak. Untuk keperluan asas pun sering tidak mencukupi ada kalanya untuk membeli tong gas pun beliau terpaksa meminjam daripada orang lain.
Sehingga kini, beliau belum menerima sebarang bantuan daripada JKM mahupun badan zakat.
Perincian Keperluan Bulanan:
- Sewa rumah DBKL: RM124 sebulan
(tertunggak 6 bulan: RM744) - Bil air: RM25
- Bil elektrik: Subsidi (buat masa ini)
- Kos rawatan anak OKU (asma): RM300
- Kos dapur: RM600
- Kos pengangkutan / minyak: RM300
Jumlah keperluan bulanan: ± RM1,969 (anggaran RM2,000 sebulan)
Saudari kita ini telah menghubungi Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia dengan harapan agar ada insan-insan berhati mulia yang sudi membantu meringankan beban hidupnya.
Beliau juga mempunyai cita-cita untuk berdikari dengan membuka perniagaan kecil-kecilan menjual kek dan kuih-muih, sekiranya diberikan peluang dan sokongan modal. Modal permulaan yang diperlukan adalah sekitar RM2,000 bagi pembelian ketuhar dan peralatan asas.
Sasaran Kempen:
- Perbelanjaan asas 2 bulan: RM4,000
- Modal perniagaan kecil: RM2,000
Jumlah sasaran keseluruhan: RM6,750
Diharapkan para pembaca dan para dermawan dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada saudari kita ini. Setiap sumbangan, walau sedikit, amat besar nilainya dalam membantu beliau meneruskan kehidupan dan membina masa depan yang lebih baik buat dirinya dan anak tersayang.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
-
23 Donors